Hidup ini diibaratkan sebuah roda. Hari ni mungkin kita di atas dan hari esoknya mungkin kita berada di bawah. Bukan bermakna apabila kita di atas kita akan selama-lamanya di atas dan bukan bermakna jika kita di bawah kita akan kekal selama-lamanya di bawah...
Berada di bawah bukanlah suatu kekalahan, tetapi adalah suatu kemenangan bagi seseorang kerana mereka mampu mengatasi kelemahan mereka serta mampu mengatasi ketakutan yang mereka takutkan selama ini.
Ya, kadang2 hidup ini memang nampak seperti tidak adil. Tapi itulah permainan sebuah kehidupan. Allah jadikan semua perkara ini ada hikmahnya, bukan secara suka - suka. Mungkin hari ini kita gagal, tapi esoknya adakah kita akan masih gagal ? Kalau ya, perlukah kita menyalahkan Allah ? Tak. Jangan sesekali menyalahkan Allah SWT kerana sesungguhnya sesuatu yang dijadikan adalah bersebab.
Jadi, saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah bukan sahaja mengingatkan perkara ini kepada anda semua tetapi juga kepada diri saya. Jadi, marilah kita sama2 mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik.
Sekian.